Saturday, December 19, 2009

Kg Tanjung Memalau




       Kg Tg Memalau adalah kampung aku di besarkan oleh keluargaku.Terletak 1.5 km dari pekan Chenor,teratak aku dibesarkan itu didirikan  di tepi sawah yang luas menghijau.Masih terimbau dalam benakku bagaimana aku membesar di rumah itu bersama-sama adikku.Aku tinggal bersama aki  Mohd Saman bin     Kaat,atuk Esah bt Tus. dan ibu bapa serta adik-adikku seramai lima orang.Apa yang istimewanya penduduk kampung ini mengerjakan sawah tetapi kini tinggal kering kontang.Nak makan nasi kenalah beli beras di kedai .Tahun-tahun 60'an dan 70'an beras tak perlu dibeli kerana penduduk mengerjakan sawah.Ikan juga boleh di dapati dari sawah-sawah.Sayur ditanam di atas batas di sawah.Yang dibeli hanya garam dan gula sahaja.Telur juga tidak perlu dibeli kerana kami memelihara itik telur.Kini semua perlu dibeli di pasar.Ayahku pula menyembelih dan menjual daging kerbau setiap minggu di pekan sehari pada hari Khamis.Malah kami berjual sayur dan telur pada di pekan sehari Chenor.Masih terbayang dalam benakku,bagaimana aku membawa telur semasa pergi ke sekolah untuk dijual bagi perbelanjaan harian di sekolah.Kadang-kadang aku berjaja sayur sawi,terung.kangkung di pekan Chenor untuk menampung kehidupan harian.Semasa musim ke sawah aku dan adik-adik akan ke sawah untuk bersama-sama membersihkan sawah.
        Kini kampung itu hanya tinggal dalam kenangan kerana keluargaku telah berpindah ke Kg Baru,Chenor disebabkan  tanah tempat aku dibesarkan telah digunakan untuk laluan jambatan Chenor.Yang tinggal hanya kenangan bersama kehidupan yang telah berlalu.Aku pun telah bermastautin di Kuantan.Rakan-rakan sepermainan yang masih menghuni di Kg Tg Memalau ialah bekas penghulu Che Wan Razali b Wan Abd Wahab(Engku Mir).Abangnya Che Wan Shamsuddin pula berhijrah ke Keratong.Adik-adikku pula membawa diri Ke Kuantan dan  Mentakab membeli rumah di sana.Hanya ibuku dan adik bongsu serta sepupuku yang menghuni ruamah di Kg Baru,Chenor.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah


  Setiap tahun Hijrah di sambut dengan meriah.Hijrah Nabi Muhamad SAW membawa kejayaan dengan tersebarnya Islam.Apakah hijrah kita akan membuahkan kejayaan.Semoga Allah akan memberikan rahmat dalam kehidupan kita.

Wednesday, December 16, 2009

Peristiwa lucu yang tak dapat dilupai



       Ketika itu aku berada di tahun satu SK Bt Bota,Chenor.Aku sangat gembira kerana jalan raya di Chenor sedang di tar,bererti kalau musim hujan tidaklah kami berjalan mengharungi jalan yang becakSK Bukit Bota.lokasinya berdekatan dengan Kg Lanting,betul-betul berhadapan dengan sekolah pondok tuan guru Hj Mohd Baqi.Sekarang sekolah tersebut berada di Kg Baru Chenor.
       Akudan rakan-rakan mengutip minyak tar yang pada sebelah paginya masih beku dan membawa ke sekolah.Aku juga mengambil dan menggentelnya dan mengisinya di dalam poket seluar.Bila menjelang rehat aku pun menyeluk poket untuk mengambil duit buat membeli makanan di kantin.Wah!tanganku melekat kerana tar telah cair.Aku pun panik dan tanganku sapu kepada meja di dalam kelas.Aku tak keluar rehat dan cuba menanggalkan tar daripada tangan.Semakin disapu semakin banyak jari yang melekat tar.Yang lucunya kawan-kawan lain juga terkena tar yangaku seletkan di atas meja.Masing-masing pun menangis kerana tangan melekat tar.Maklumlah pada masa tu baru tahun satu.habis satu sekolah heboh dengan perkara tersebut.Cikgu terpaksa membeli minyak tanah untuk menanggalkan tar yang melekat ditanganku dan rakan-rakan.Hingga sekarang tiada siapa yang tahu siapa yang menyebabkan peristiwa itu berlaku.

Saturday, December 12, 2009

NOSTALGIA NAMA

            Aku dilahirkan oleh ibuku Kasmah bt Harun pada  hari Jumaat 15 Jun 1951 bersamaan 10 Ramadhan 1370 Hijrah di sebuah perkampungan bernama Sekara.Ayahku Ahmad b.Mohd Saman ingin menamakan aku Jamaluddin nama yang dicadangkan oleh Hj Wan Hassan Hj Wan Abdullah yang menjadi guru dan berjiran dengan keluarga sebelah ayah di Kg.Tg Memalau,Chenor.Nindaku,Harun b Hj.Abdullah sangat gembira dengan kelahiranku itu terus mendaftar namaku di balai Polis Sekara .Pegawai  yang bertugas meminta nama daripada nindaku tetapi  terlupa nama yang dicadangkan.Disebabkan pegawai tersebut kesuntukan masa ia bertanya bayi itu lelaki atau perempuan.Bila dikatakan lelaki ia terus menulis AWANG.Ia terus bertanya lagi kedudukan bayi tersebut yang sulung,tengah atau bongsu.Ninda menyatakan yang sulong.Pegawai tersebut terus menulis SULONG.Begitula alkisahnya....namaku kini AWANG SULONG BIN AHMAD.Rindukan nama JAMALUDDIN aku menggunakan nama tersebut untuk blog ini.Kini nama itu menjadi trade mark kepadaku kerana hanya keluarga Hj Wan Hassan sahaja yang masih memanggil nama tersebut.Kebetulan pula nama ini sama dengan sebuah cerita Melayu klasik HIKAYAT AWANG SULONG MERAH MUDA.Bapa saudaraku cikgu Mohd Kassim membelikan buku tersebut dan aku sungguh gembira dan membacanya kuat-kuat dan aku selalu mengimpikan watak tersebut.ninda sebelah ayah pula,Mohd Saman b Kaat pula selalu bercerita tentang cerita-cerita dongeng setiap kali sebalum tidur semasa aku berumur 3 tahun menyebabkan aku menjadi pawang ana di sekolahku.Aku masih ingat semasa berulang ke sekolah menaiki bas aku tidak perlu berebut tempat kerana sesiapa yang ingin mendengar cerita ia perlu menyediakan tempat duduk untukku.

Wednesday, December 9, 2009

Guru yang masih dalam ingatanku

Semasa di sekolah rendah (SK Bukit Bota,Chenor) segar dalam ingatanku cikgu Zainon Ahmad,cikgu Wan Khatijah Wan Talib,cikgu Rahmah bt Nit dan guru besar cikgu Jaafar b.Awang Pekan,cikgu Wan Ahmad Tajuddin,cikgu Mahussin,cikgu Rofli,ustaz Mutalib.Mereka memulakan pengajaran mengenal tulis baca.Tentulah berbagai peristiwa pahit manis terjadi seama di sekolah rendah.SK Bukit Bota sebuah sekolah tertua di Chenor.Aku masih ingat lagi bangunan sekerat dinding dan atap rumbia.Bila musim hujan kami terpaksa lari ke tengah kelas kerana tempias hujan.Begitulah keadaan sekolah pada tahun 60'an.Tetapi agenda p&p tetap berjalan dengan baik.Kami terus mendapat ilmu hasil dedikasi guru-guru tersebut.tiada istilah ponteng kelas pada masa itu.Kalau tak datang sekolah hanya kerana sebab-sebab seperti demam,banjir atau takutkan penyabit memotong kepala untuk dibuat pasak jambatan.

Friday, November 20, 2009


Cikgu Hashim adalah guru sejarah semasa aku di tingkatan 3 SMK Temerloh Pahang.Pada masa itu (1966) tiada kemudahan ICT spt sekarang.Guru hanya menggunakan suara dan papan tulis untuk menarik perhatian pelajar dalam p&p.Cikgu Hashim ini memang istimewa kerana suaranya,senyumannya menjadi alat penyampai yg berjaya menarik perhatian aku untuk meminati pelajaran sejarah yg sekarang menjadi mata pelajaran yg tidak diminati.Aku mengulangkaji sejarah dengan imiginasi suaranya.Wah ternyata hebat,mudah ingat dan dalam peperiksaan SRP (sekarang PMR) aku dapat 1.
Kini aku dapati pelajar tidak meminati guru sehingga ponteng sekolah.Alasannya tak minat cikgu atau cara cikgu mengajar.Pada zaman ICT ni guru bolehlah gunakan komputer untuk menarik minat pelajar.Semua sekolah ada kemudahan,gunakan kreatif cikgu agar pelajaran yang diajar diminati murid.