Kg Tg Memalau adalah kampung aku di besarkan oleh keluargaku.Terletak 1.5 km dari pekan Chenor,teratak aku dibesarkan itu didirikan di tepi sawah yang luas menghijau.Masih terimbau dalam benakku bagaimana aku membesar di rumah itu bersama-sama adikku.Aku tinggal bersama aki Mohd Saman bin Kaat,atuk Esah bt Tus. dan ibu bapa serta adik-adikku seramai lima orang.Apa yang istimewanya penduduk kampung ini mengerjakan sawah tetapi kini tinggal kering kontang.Nak makan nasi kenalah beli beras di kedai .Tahun-tahun 60'an dan 70'an beras tak perlu dibeli kerana penduduk mengerjakan sawah.Ikan juga boleh di dapati dari sawah-sawah.Sayur ditanam di atas batas di sawah.Yang dibeli hanya garam dan gula sahaja.Telur juga tidak perlu dibeli kerana kami memelihara itik telur.Kini semua perlu dibeli di pasar.Ayahku pula menyembelih dan menjual daging kerbau setiap minggu di pekan sehari pada hari Khamis.Malah kami berjual sayur dan telur pada di pekan sehari Chenor.Masih terbayang dalam benakku,bagaimana aku membawa telur semasa pergi ke sekolah untuk dijual bagi perbelanjaan harian di sekolah.Kadang-kadang aku berjaja sayur sawi,terung.kangkung di pekan Chenor untuk menampung kehidupan harian.Semasa musim ke sawah aku dan adik-adik akan ke sawah untuk bersama-sama membersihkan sawah.
Kini kampung itu hanya tinggal dalam kenangan kerana keluargaku telah berpindah ke Kg Baru,Chenor disebabkan tanah tempat aku dibesarkan telah digunakan untuk laluan jambatan Chenor.Yang tinggal hanya kenangan bersama kehidupan yang telah berlalu.Aku pun telah bermastautin di Kuantan.Rakan-rakan sepermainan yang masih menghuni di Kg Tg Memalau ialah bekas penghulu Che Wan Razali b Wan Abd Wahab(Engku Mir).Abangnya Che Wan Shamsuddin pula berhijrah ke Keratong.Adik-adikku pula membawa diri Ke Kuantan dan Mentakab membeli rumah di sana.Hanya ibuku dan adik bongsu serta sepupuku yang menghuni ruamah di Kg Baru,Chenor.



